Rabu, Februari 04, 2009

Seminar Pembangunan Ekonomi Desa


Pusat Khidmat Rakyat DUN Batang Kali (N07) dengan kerjasama Sekretariat Pentadbiran PKR Bahagian Hulu Selangor telah berjaya buat julung kalinya mengadakan Seminar Pengembangan Ekonomi Desa melalui Biro Pertanian dan Asas Tani. Seminar yang dirasmikan oleh YB Tuan Yaakob Sapari, Exco Kanan Kerajaan Negeri Selangor itu bermula dari jam 9 pagi sehingga 6 petang diadakan di Dewan Kem Bina Semangan Yayasan Selangor di Ampang Pecah, Hulu Selangor.

Diantara pengisian program didalam seminar adalah taklimat dari Penyelaras DUN-DUN di parlimen Hulu Selangor, penerangan tentang peranan pejabat daerah dan urusan tanah dari Pegawai Daerah, Tuan Nor Hisham Dahalan, dan penerangan dari Yang DiPertua Majlis Daerah, Tuan Tukiman Nail sendiri. Hampir 200 orang penguasa penternakan dan pertanian serta usahawan dari seluruh daerah Hulu Selangor telah menghadiri seminar tersebut. Semua peserta akan di pilih untuk mengikuti lawatan belajar ke pejabat Exco Negeri dan SUK di masa terdekat ini.


Sumber : MEDIA PKR/SAS

Dari Meja Setiausaha

Berita Mengikut DUN

Pihak Penerangan Keadilan Bahagian Hulu Selangor tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini. Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar semasa atau pada masa ianya diterbitkan.
Sebarang pertanyaan sila emelkan kepada : pkr.huluselangor@gmail.com

  © 2009 Parti Keadilan Rakyat - Bahagian Hulu Selangor

..kembali ke atas